About this blog

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
Glittery texts by bigoo.ws

yang cantik itu budi ,
yang indah itu bahasa

Sunday, 16 October 2011

jadilah seorang guru yang gembira

        Bagaimanakah menjadi seorang guru yang gembira dan bersemangat dalam kerjaya ini?

 
Guru, suatu kerjaya yang profesional. 
Akan tetapi pada zaman yang berteknologi canggih ini, ramai yang mempunyai pandangan dan tangkapan yang berbeza terhadap kita yang digelar guru. 

         Sesetengah ibu bapa mengadu dan mengkritik bahawa ramai guru yang tidak tahu mengajar dan mereka memberi banyak cadangan bagaimana untuk mengajar anak mereka.

            Inilah yang sentiasa dikatakan : Tiada anak murid yang bermasalah tetapi banyak ibu bapa yang bermasalah!

          Apakah reaksi guru apabila menghadapi masalah atau cabarab sebegini? 
          Marah?
              Tidak menghiraukan?
                   Ikut cadangan ibu bapa? 
                          Hilang keyakinan diri?
                               Meletak jawatan sebagai guru?......
 
              Jangan dipengaruh oleh mereka yang tidak profesional! Kita ni kan guru yang berkelayakan dan profesional! 
               
          Kita telah belajar bagaimana untuk mengajara, kita belajar pedagogi, kita belajar psikologi, kita belajar bagaimana menghadapi masalah , kita juga belajar kaunseling.


             Kita berfikiran terbuka, kita boleh terima apa yang dikatakan orang lain dan apa yang mereka mengadu kita dengan fikiran terbuka dan tangan terbuka. 

           Kalau kita ada kelemahan dan kekurangan kita perlu berikhtiar dan berusaha untuk berubah supaya kita dapat meng-upgrade-kan diri kita.

                   Belajar merupakan sesuatu yang perlu diusahakan sepanjang hayat. Hidup penuh dengan cabaran dan rintangan, tiada masalah yang tidak boleh dirintangi kecuali maut. Jangan memberi tekanan kepada diri sendiri.
                   Tuhan memberi kita 24 jam sehari, gembira atau tidak gembira kita habiskan 24 jam juga, jadi terpulanglah  kepada kita mahu akan kehidupan yang bahagia atau sengsara?
                         

Gembira mengajar ,
gembira belajar ,
bergembiralah selalu!

0 comments:

Post a Comment