About this blog

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
Glittery texts by bigoo.ws

yang cantik itu budi ,
yang indah itu bahasa

Wednesday, 7 December 2011

Latihan tatabahas 2

Bahasa Melayu
Penggunaan Tatabahasa

Latihan 2 Penggunaan ‘ ke ’ dan ‘ kepada’

‘ ke‘ ----- tempat , masa, arah
‘ kepada ----- orang , binatang

1. Emak pergi ________ pasar dengan menaiki kereta.
2. Pada hari Rabu yang lalu, saya dan adik telah berkunjung ________ rumah Ali.
3. Bapa Ah Meng telah melancong ________ Hong Kong.
4. Murid-murid menghantar lukisan mereka ________ Cikgu Lim.
5. Guru Besar menyampaikan cenderahati ________ Menteri Pelajaran.
6. Li Meng menghempaskan cawan itu ________ lantai.
7. Saya memberi makanan ________ pengemis yang kasihan itu.
8. Jutawan itu menderma lima juta ringgit ________ rumah anak yatim.
9. Peraduan melukis akan diadakan dari semasa ________ semasa.
10. Nama Daerah Dinding telah ditukar ________ Daerah Manjung pada tahun 1982.
11. Perompak itu telah menyerah diri ________ polis.
12. Murid-murid sedang berjalan masuk ________ dalam dewan sekolah.
13. Seng Han selalu mengadu kesusahan ________ isterinya.
14. Seng Cai dan keluarganya telah berhijrah ________ Australia.
15. Pengakap sekolah saya dibahagikan ________ lima kumpulan.
16. Abang Sarina suka melancong ________ Indonesia.
17. Ujian bulanan telah ditunda ________ akhir bulan.
18. Kempen kebersihan sekolah saya akan dijalankan dari masa ________ masa.
19. Jiran saya berterima kasih ________ bapa saya atas bantuannya yang diberikan.
20. Bantuan baja telah diserahkan ________ peladang-peladang di Changkat Jong.
21. Burung-burung itu terbang ________ selatan.
22. Sisa makanan itu diberikan ________ kucing periharaannya.
23. Tradisi itu masih kekal hingga ________ zaman sekarang.
24. Kita perlu memandang ________ kiri dan _______ kanan sebelum menyeberangi jalan.

Semalam, saya telah berkunjung ________ rumah Siew Hua. Saya berbasikal ________rumahnya.Tidak lama kemudian, saya pun tiba di rumahnya.Siew Hua mempersilakan saya masuk ________ rumahnya.Di rumahnya, kami membaca buku-buku cerita yang baru dibeli oleh ayahnya. Siew Hua berjanji akan meminjamkan dua buah buku cereta ________ saya. Saya mengucapkan terima kasih ________ Siew Hua.

0 comments:

Post a Comment