About this blog

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
Glittery texts by bigoo.ws

yang cantik itu budi ,
yang indah itu bahasa

Wednesday, 7 December 2011

Latihan tatabahasa 3

Bahasa Melayu
Penggunaan Tatabahasa

Latihan 3 Penggunaan ‘ dari ’ dan ‘ daripada ’

‘ dari ‘ ----- tempat, masa, arah
‘ daripada ----- bandingan, orang, binatang, sumber (asal sesuatu benda)

1. Angin kencang bertiup ________ arah selatan.
2. Ayah baru pulang ________ pekan.
3. Sumbangan ________ kerajaan sudah diterima.
4. Anda datang ________ mana ?
5. Kereta itu membelok ________ kiri ke kanan.
6. ________ siapakah awak terima benda ini ?
7. Mereka berasal ________ negeri Melaka.
8. Barang-barang ini datang ________ timur.
9. Harga barang di kedai ini lebih murah ________ kedai itu.
10. Penduduk bergotong-royong ________ pagi hingga petang.
11. Meja itu diperbuat ________ kayu jati.
12. Markahnya hanya separuh ________ markah bulan lalu.
13. Suhu badannya meningkat ________ 37˚C kepada 39˚C.
14. Manusia memperolehi air ________ telaga, laut, sungai,tasik,dan mata air.
15. Air berpunca ________ gabungan hidrogen dan oksigen.
16. Ahli PIBG terdiri _______ ibu bapa dan guru.
17. ________ perbincangan kumpulan, murid-murid telah menghasilkan buku projek itu.
18. Beg itu dihasilkan ________ kulit buaya.
19. Kami tiba lebih lewat ________ mereka.
20. Perangai Abu berbeza ________ Ali walaupun mereka anak kembar.
21. Ayah dan ibu baru sampai ________ Kota Kinabalu.
22. Murid-murid mulakan kerja pembersihan ________ sudut kanan.
23. Saya berasal ________ Kangar, Perlis.
24. Rafidah menerima pujian ________ Cikgu Latipah.
25. Muthu menggerakkan kepalanya ________ bawah ke atas.

Chean Hong berasal ________ sebuah keluarga yang miskin. Rumahnya diperbuat ________ papan dan beratap nipah. Bapa Chean Hong bekerja sebagai penjaja aiskrim.Setiap hari, dia bekerja ________ pagi hingga ke petang. Dia menjual aiskrim ________ suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Kebanyakan pelanggannya terdiri ________ kanak-kanak. Walaupun miskin, ayah Chean Hong mementingkan pelajaran anak-anaknya lebih ________ meterialistik.

0 comments:

Post a Comment