About this blog

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
Glittery texts by bigoo.ws

yang cantik itu budi ,
yang indah itu bahasa

Wednesday, 7 December 2011

Latihan tatabahasa 1

Bahasa Melayu
Penggunaan Tatabahasa

Latihan 1 Penggunaan ‘ di ’ dan ‘ pada’

‘ di ‘ ----- tempat
‘ pada' ----- masa, orang dan benda

1. Chin Hong dan keluarganya tinggal ________ Batu Pahat.
2. Bapa Lai Meng mengajar ________ SMK Ampang, Ipoh.
3. Perhimpunan sekolah saya diadakan ________ setiap hari Isnin.
4. Album setem saya ada ________ Swee Peng.
5. Choo Swee dilahirkan ________ tahun 1986.
6. Bapa menggantung gambar yang cantik itu ________ dinding.
7. Semalam, Hasnah dan kawan-kawannya telah berkelah ________ pantai Port Dickson.
8. Emak menyapu margerin ________ roti.
9. ________ pendapat saya, Foo Seng bersalah dalam pergaduhan itu.
10. Beberapa ekor lembu makan rumput ________ padang.
11. Kakak Boon Kuang sedang bekerja ________ Singapura.
12. Rosaimah sedang dirawat ________ hospital itu.
13. Buku rampaian kita ada ________ Cikgu Tang.
14. ________ masa lapang, Li Ling suka membaca buku cerita.
15. Jururawat sedang menyapu ubat ________ luka tangan Victor.
16. Susie merupakan peserta yang pertama sampai ________ garisan penamat.
17. Bapa Ah Meng sedang berehat sambil membaca surat khabar ________ ruang tamu.
18. Budak itu suka duduk menyandar ________ dinding.
19. Banyak kapal berlabuh ________ Perlabuhan Lumut.
20. Negara Malaysia mencapai kemerdekaan ________ tahun 1957.

________ suatu hari, saya dan Seng Huat bercadang hendak memancing ikan ________ tepi sungai. Kami bertolok ke tepi sungai ________ pukul 9.00 pagi.
Setibanya ________ tempat tujuan, kami pun mula memancing ikan. Saya meletakkan umpan ________ mata kail lalu melemparkannya ke dalam sungai.

0 comments:

Post a Comment