About this blog

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
Glittery texts by bigoo.ws

yang cantik itu budi ,
yang indah itu bahasa

Thursday, 8 December 2011

panduan menulis nilai-nilai murni 2

1. Gembira atas kejayaannya
( bersyukur )
2. Melaksanakan tugas dengan sempurna
( bertanggungjawab )
3. Memberi laluan kepada seorang wanita tua semasa hendak menaiki bas ( bertimbang rasa )
4. Mencari maklumat di internet
( berusaha )
5. Membeli barang mengikut keperluan
( bijak berbelanja)
6. Ibu tetap meluangkan masa menyemak kerja-kerja sekolah anak-anak walaupun sibuk
( bijak membahagikan masa )
7. Senaraikan barangan yang hendak dibeli
( bijak mengurus kewangan )
8. Menanam pokok bunga pada masa lapang
( bijak mengurus masa )
9. Tidak pernah berputus asa
( cekal)
10. Aktif dalam aktiviti sukan di sekolah
( cergas )

panduan menulis nilai-nilai murni 1

1. Menolong lelaki buta melintas jalan
( baik hati )
2. Menyelamatkan rakan yang hampir lemas
( berani )
3. Membalut buku teks sendiri
( berdikari)
4. Tetap bertugas walaupun demam
( berdedikasi )
5. Menunggang basikal perlahan-lahan
(berhati-hati )
6. Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu ‘ Negaraku’
( berdisiplin )
7. Menyimpan wang di bank
( pandai mengurus kewangan)
8. Makan bekalan yang dibawa bersama-sama
( berkongsi, murah hati)
9. Mahu menjadi pelajar contoh
( bersemangat tinggi)
10. Tidak terburu-buru membuat keputusan
( bersikap rasional )

Wednesday, 7 December 2011

Penulisan karangan bahagian C ~~Petikan nilai murni 2

Latihan 3
Tuliskan empat amalan baik yang boleh kamu dapati daripada petikan. Panjang jawapan tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.


Malini seorang murid Tahun Lima.Apabila balik dari sekolah , dia akan mencuci bajunya sendiri.Selepas mandi, dia akan terus membuat kerja sekolahnya. Pada waktu petang, Malini dan kawan baiknya, Siew Lin bermain badminton di hadapan rumahnya. Kadang-kadang, dia juga menolong emaknya menyiram pokok bunga. Pada waktu malam, dia akan makan malam bersama ahli keluarganya.
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________



Latihan 4
Tuliskan empat amalan baik yang boleh kamu dapati daripada petikan. Panjang jawapan tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.


Rizal pulang dari kedai. Dia terjumpa seekor anak burung. Sayap burung itu telah cedera. Rizal simpati akan anak burung itu.Dia menyapu ubat pada luka burung itu. Beberapa hari kemudian,luka burung itu telah sembuh. Dia meminta kebenaran daripada emaknya untuk memelihara burung itu. Emaknya menasihatinya agar melepaskan burung itu kerana burung juga memerlukan kebebasan untuk mencari hidupnya. Rizal mengangguk-ngangguk kepalanya.

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penulisan karangan bahagian C ~~Petikan nilai murni 1

Latihan 1

Tuliskan empat pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan. Panjang jawapan tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Salim datang lambat lagi ke sekolah. Dia didenda oleh guru disiplin. Dia juga sering dimarahi oleh Cikgu Lee kerana semua latihan yang diberi oleh Cikgu Lee tidak pernah disiapkan. Ketika guru mengajar di dalm kelas, Salim asyik bercakap dengan kawan baiknya,Fidaus. Walaupun emaknya sering menasihatinya agar belajar bersungguh-sungguh tetapi dia tidak pernah mempedulikan nasihat emaknya.

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Latihan 2

Tuliskan empat nilai murni yang boleh kamu dapati daripada petikan. Panjang jawapan tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pak Tam dan Mak Usu memelihara dua orang anak angkat, iaitu Bedah dan Ramli. Pak Tam dan Mak Usu menjaga mereka dengan baik seperti anak sendiri.
Pak Tam dan Mak Usu mengusahakan sebidang kebun sayur. Mereka menanam pelbagai jenis sayur. Bedah dan Ramli menolong Pak Tam dan Mak Usu di kebun pada masa lapang. Pak Tam juga menyimpan wang di bank untuk kedua-dua anak angkatnya.

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Latihan penulisan ~~karangan bahagian C ~~nilai-nilai murni 3

Latihan 5 Tarikh :__________
Arahan : Nyatakan nilai-nilai murni berpandukan situasi.
1. Leela tidak makan yang manis.
____________________________________

2. Leela memandang ke kiri dank e kanan sebelum dia melintas jalan.
_______________________________________
3. Li Li berjaga-jaga ketika dia menggunakan pisau.
_______________________________________
4. Li Li tidak berlumba-lumba basikal dengan kawannya di jalanraya.
________________________________________
5. Li Li menjawab soalan-soalan peperiksaannya dengan berhati-hati.
________________________________________
6. Li Li sentiasa menyikat rambutnya dengan kemas.
________________________________________
7. Li Li sangat pandai tetapi dia tidak bangga diri.
________________________________________


Latihan 6 Tarikh :__________
Arahan : Nyatakan nilai-nilai murni berpandukan situasi.
1. Walaupun Kok Seng pandai tetapi dia tidak meninggi diri.
___________________________________
2. Kok Seng disenangi oleh kawan-kawannya kerana dia tidak bersikap sombong.
_______________________________________
3. Kok Seng berjoging di padang setiap petang.
_______________________________________
4. Kok Seng sanggup berkawan dengan Ali yang agak miskin walaupun dia berasal dari keluarga yang berada.
________________________________________
5. Kok Seng membubuh ubat pada luka anjing itu.
________________________________________
6. Kok Seng memberitahu gurunya bahawa dia terlupa membuat kerja sekolahnya.
________________________________________

Latihan penulisan ~~karangan bahagian C ~~nilai-nilai murni 2

Latihan 3 Tarikh :__________
Arahan : Nyatakan nilai-nilai murni berpandukan situasi.
1. Fong Ling mencuci kasut yang kotor .
____________________________________

2. Fong Ling menolong ibu menyiram pokok bunga.
_______________________________________
3. Fong Ling selalu membantu kawan-kawannya yang lemah dalam pelajaran.
_______________________________________
4. Fong Ling memimpin orang buta itu melintas jalan.
________________________________________
5. Fong Ling membawa anak kucing yang cedera pulang ke rumah.
________________________________________
6. Fong Ling memberi tempat duduk kepada wanita tua ketika berada di dalam bas.
________________________________________
7. Fong Ling sanggup berkongsi makanan dengan kawannya.
________________________________________


Latihan 4 Tarikh :__________
Arahan : Nyatakan nilai-nilai murni berpandukan situasi.
1. Ahmad menderma wang kepada mangsa-mangsa kebakaran.
____________________________________

2. Penduduk kampong membersihkan kawasan kampong.
_______________________________________
3. Ahmad tidak suka berbohong.
_______________________________________
4. Ahmad memulangkan dompet itu kepada tuan punya dompet.
________________________________________
5. Ahmad menceritakan sebab dia lambat ke sekolah kepada guru darjahnya.
________________________________________
6. Ahmad menyerahkan baki wang kepada emaknya.
________________________________________

Latihan penulisan ~~karangan bahagian C ~~nilai-nilai murni 1

Latihan 1 Tarikh :__________
Arahan : Nyatakan nilai-nilai murni berpandukan situasi.
1. Mei Li menggosok gigi dua kali sehari.
____________________________________
2. Mei Li makan makanan yang seimbang setiap hari.
_______________________________________
3. Mei Li menyapu lantai setiap hari.
_______________________________________
4. Mei Li Mencuci tangan sebelum makan.
________________________________________
5. Mei Li memakai pakaian yang bersih selepas mandi.
________________________________________
6. Mei Li dan kawan sedarjahnya menyapu sampah di dalam kelas.
________________________________________
7. Mei Li Bersenam setiap hari.
________________________________________


Latihan 2 Tarikh :__________
Arahan : Nyatakan nilai-nilai murni berpandukan situasi.
1. Siti selalu memotong kuku yang telah panjang.
____________________________________
2 . Siti membuat kerja sekolah yang diberi oleh gurunya.
_______________________________________
3. Siti mengulang kaji pelajaran setiap hari.
_______________________________________
4. Siti membantu emaknya membuat kerja rumah.
________________________________________
5. Siti membaca buku pada masa lapang.
________________________________________
6. Siti berlatih bersungguh-sungguh sebelum pertandingan bercerita diadakan.
________________________________________
7. Siti membantu emaknya menjual kuih.
________________________________________

Latihan tatabahasa 3

Bahasa Melayu
Penggunaan Tatabahasa

Latihan 3 Penggunaan ‘ dari ’ dan ‘ daripada ’

‘ dari ‘ ----- tempat, masa, arah
‘ daripada ----- bandingan, orang, binatang, sumber (asal sesuatu benda)

1. Angin kencang bertiup ________ arah selatan.
2. Ayah baru pulang ________ pekan.
3. Sumbangan ________ kerajaan sudah diterima.
4. Anda datang ________ mana ?
5. Kereta itu membelok ________ kiri ke kanan.
6. ________ siapakah awak terima benda ini ?
7. Mereka berasal ________ negeri Melaka.
8. Barang-barang ini datang ________ timur.
9. Harga barang di kedai ini lebih murah ________ kedai itu.
10. Penduduk bergotong-royong ________ pagi hingga petang.
11. Meja itu diperbuat ________ kayu jati.
12. Markahnya hanya separuh ________ markah bulan lalu.
13. Suhu badannya meningkat ________ 37˚C kepada 39˚C.
14. Manusia memperolehi air ________ telaga, laut, sungai,tasik,dan mata air.
15. Air berpunca ________ gabungan hidrogen dan oksigen.
16. Ahli PIBG terdiri _______ ibu bapa dan guru.
17. ________ perbincangan kumpulan, murid-murid telah menghasilkan buku projek itu.
18. Beg itu dihasilkan ________ kulit buaya.
19. Kami tiba lebih lewat ________ mereka.
20. Perangai Abu berbeza ________ Ali walaupun mereka anak kembar.
21. Ayah dan ibu baru sampai ________ Kota Kinabalu.
22. Murid-murid mulakan kerja pembersihan ________ sudut kanan.
23. Saya berasal ________ Kangar, Perlis.
24. Rafidah menerima pujian ________ Cikgu Latipah.
25. Muthu menggerakkan kepalanya ________ bawah ke atas.

Chean Hong berasal ________ sebuah keluarga yang miskin. Rumahnya diperbuat ________ papan dan beratap nipah. Bapa Chean Hong bekerja sebagai penjaja aiskrim.Setiap hari, dia bekerja ________ pagi hingga ke petang. Dia menjual aiskrim ________ suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Kebanyakan pelanggannya terdiri ________ kanak-kanak. Walaupun miskin, ayah Chean Hong mementingkan pelajaran anak-anaknya lebih ________ meterialistik.

Latihan tatabahas 2

Bahasa Melayu
Penggunaan Tatabahasa

Latihan 2 Penggunaan ‘ ke ’ dan ‘ kepada’

‘ ke‘ ----- tempat , masa, arah
‘ kepada ----- orang , binatang

1. Emak pergi ________ pasar dengan menaiki kereta.
2. Pada hari Rabu yang lalu, saya dan adik telah berkunjung ________ rumah Ali.
3. Bapa Ah Meng telah melancong ________ Hong Kong.
4. Murid-murid menghantar lukisan mereka ________ Cikgu Lim.
5. Guru Besar menyampaikan cenderahati ________ Menteri Pelajaran.
6. Li Meng menghempaskan cawan itu ________ lantai.
7. Saya memberi makanan ________ pengemis yang kasihan itu.
8. Jutawan itu menderma lima juta ringgit ________ rumah anak yatim.
9. Peraduan melukis akan diadakan dari semasa ________ semasa.
10. Nama Daerah Dinding telah ditukar ________ Daerah Manjung pada tahun 1982.
11. Perompak itu telah menyerah diri ________ polis.
12. Murid-murid sedang berjalan masuk ________ dalam dewan sekolah.
13. Seng Han selalu mengadu kesusahan ________ isterinya.
14. Seng Cai dan keluarganya telah berhijrah ________ Australia.
15. Pengakap sekolah saya dibahagikan ________ lima kumpulan.
16. Abang Sarina suka melancong ________ Indonesia.
17. Ujian bulanan telah ditunda ________ akhir bulan.
18. Kempen kebersihan sekolah saya akan dijalankan dari masa ________ masa.
19. Jiran saya berterima kasih ________ bapa saya atas bantuannya yang diberikan.
20. Bantuan baja telah diserahkan ________ peladang-peladang di Changkat Jong.
21. Burung-burung itu terbang ________ selatan.
22. Sisa makanan itu diberikan ________ kucing periharaannya.
23. Tradisi itu masih kekal hingga ________ zaman sekarang.
24. Kita perlu memandang ________ kiri dan _______ kanan sebelum menyeberangi jalan.

Semalam, saya telah berkunjung ________ rumah Siew Hua. Saya berbasikal ________rumahnya.Tidak lama kemudian, saya pun tiba di rumahnya.Siew Hua mempersilakan saya masuk ________ rumahnya.Di rumahnya, kami membaca buku-buku cerita yang baru dibeli oleh ayahnya. Siew Hua berjanji akan meminjamkan dua buah buku cereta ________ saya. Saya mengucapkan terima kasih ________ Siew Hua.

Latihan tatabahasa 1

Bahasa Melayu
Penggunaan Tatabahasa

Latihan 1 Penggunaan ‘ di ’ dan ‘ pada’

‘ di ‘ ----- tempat
‘ pada' ----- masa, orang dan benda

1. Chin Hong dan keluarganya tinggal ________ Batu Pahat.
2. Bapa Lai Meng mengajar ________ SMK Ampang, Ipoh.
3. Perhimpunan sekolah saya diadakan ________ setiap hari Isnin.
4. Album setem saya ada ________ Swee Peng.
5. Choo Swee dilahirkan ________ tahun 1986.
6. Bapa menggantung gambar yang cantik itu ________ dinding.
7. Semalam, Hasnah dan kawan-kawannya telah berkelah ________ pantai Port Dickson.
8. Emak menyapu margerin ________ roti.
9. ________ pendapat saya, Foo Seng bersalah dalam pergaduhan itu.
10. Beberapa ekor lembu makan rumput ________ padang.
11. Kakak Boon Kuang sedang bekerja ________ Singapura.
12. Rosaimah sedang dirawat ________ hospital itu.
13. Buku rampaian kita ada ________ Cikgu Tang.
14. ________ masa lapang, Li Ling suka membaca buku cerita.
15. Jururawat sedang menyapu ubat ________ luka tangan Victor.
16. Susie merupakan peserta yang pertama sampai ________ garisan penamat.
17. Bapa Ah Meng sedang berehat sambil membaca surat khabar ________ ruang tamu.
18. Budak itu suka duduk menyandar ________ dinding.
19. Banyak kapal berlabuh ________ Perlabuhan Lumut.
20. Negara Malaysia mencapai kemerdekaan ________ tahun 1957.

________ suatu hari, saya dan Seng Huat bercadang hendak memancing ikan ________ tepi sungai. Kami bertolok ke tepi sungai ________ pukul 9.00 pagi.
Setibanya ________ tempat tujuan, kami pun mula memancing ikan. Saya meletakkan umpan ________ mata kail lalu melemparkannya ke dalam sungai.